ANDROID

adalah sistem pengendalian ataupun sistem operasi yang menjalankan peranti mudah alih seperti telefon pintar.

Ia dibangunkan berdasarkan sistem-sistem perisian Linux dan GNU oleh Android Inc., perkembangan sistem ini dilanjutkan firma Google yang membeli syarikat ini.

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan.

Versi stabil terkini sistem ini,ialah Android 15Dengan keluaran pratonton pembangun pertama pada Februari 2024 dan keluaran beta pertama pada April 2024.

Siapa pemilik Android?
Google Inc.

Pada tahun 2004 projek itu berubah menjadi sistem pengendalian untuk telefon pintar. Android Inc., telah dibeli oleh syarikat enjin carian Amerika Google Inc. , pada tahun 2005. Di Google, pasukan Android memutuskan untuk mendasarkan projek mereka pada Linux, sistem pengendalian sumber terbuka untuk komputer peribadi.
Sejarah Kewujudan Android OS
Logo Android pertama (2007–2014)

Logo Android kedua (2014–2019)


Android mula dibangunkan pada tahun 2003 oleh penciptanya, Andy Rubin sebagai sebuah projek teknologi di Android Inc., Amerika Syarikat.
Pada mulanya, Android adalah sebuah sistem operasi yang dibangunkan sebagai sistem operasi untuk kamera digital. Dan pada 2004, projek tersebut telah ditukarkan menjadi sistem operasi untuk telefon pintar.

Pengasas Android

Andy Rubin

Andy Rubin ialah pengasas Android Inc. dan membangunkan sistem Pengendalian Android. Google ialah pemegang kepentingan utama OS Android bersama-sama dengan ahli Open Handset Alliance yang berusaha untuk menambah baik dan mengekalkan OS Android.

Versi 

Versi yang pertama dikeluarkan Android:

Android versi 1.1

 Pada 9 Mac 2009, Google melancarkan Android versi 1.1. Android versi ini dilengkapi dengan kemasan berestetika dalam aplikasi, jam penggera, carian suara, penghantaran mesej melalui perkhidmatan Gmail dan pemberitahuan e-mel.


Versi yang banyak menaiktaraf peranti mudah alih:


Android versi 2.2 (Froyo: Yogurt Beku)

Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan. Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan Google Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah alih, dan kemampuan auto update di dalam aplikasi Android Market.


Versi terkini:




Android 14

Android 14 ialah keluaran utama keempat belas dan versi ke-21 Android, sistem pengendalian mudah alih yang dibangunkan oleh Open Handset Alliance yang diketuai oleh Google. Ia telah dikeluarkan kepada orang ramai dan Projek Sumber Terbuka Android pada 4 Oktober 2023.


Versi yang bakal dikeluarkan:


Android 15

Android 15 ialah keluaran utama sistem pengendalian mudah alih Android yang akan datang. Dengan keluaran pratonton pembangun pertama pada Februari 2024 dan keluaran beta pertama pada April 2024, Google menjangkakan untuk mencapai kestabilan platform pada Jun 2024 dengan keluaran akhir dijangka pada Q3 2024.


Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi android

Telefon pertama yang memakai sistem operasi Android adalah HTC Dream yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2008.


Untuk android yang terkini (Android 14) terdapat banyak Jenama telefon pintar yang menggunakan sistem operasi ini seperti Google Pixel 4a 5g,Siri Samsung (Samsung Siries) dan Xiaomi.

Xiaomi 

Google Pixel


Siri Samsung 
















SUMBER RUJUKAN :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN

    Blog ini menceritakan tentang sistem operasi yang berada di setiap peranti dari pelbagai jenis. Sistem operasi ini juga adalah program y...